32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Meriah majlis kahwin Melayu ada silat, gendang India dan tari singa

    Shopee Sale

    Kemeriahan sebuah majlis perkahwinan yang menggambarkan suasana harmoni perpaduan kaum yang berlangsung di Dewan Hang Tuah, Melaka tular di media sosial.

    Pada rakaman tersebut, kelihatan ketibaan pasangan pengantin Melayu itu bersambut paluan kompang, pencak silat, tarian singa dan kalungan bunga malai mewakili kebudayaan orang India.

    MENARIK:  KOLUM | Tanggapan pada Yahudi, Zionis, rejim Tel Aviv dan Israel

    Bahkan, pengantin lelaki turut kelihatan menghiburkan tetamu dengan bersikap santai ikut menari ketika lagu "Oh My Khaadhale" dimainkan kumpulan gendang India.

    Pada satu hantaran di TikTok, dimaklumkan acara kejutan itu sebagai cara kumpulan berkenaan menghargai sahabat mereka.

    " data-video-id="7378397253628710151" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
    @mizieayu8788 Tahniah King Dan Pasangan Semoga Kekal Hingga Ke Syurga Allah..Selamat Pengantin Baru.. #BudakBecaMelakaKahwin #KiraJadiNi #MantapBudakBeca #KorangMemangOpenHabis #AbgBecaMelaka #TaatPadaYangSatu #jarangxmerecikhawauu #1MalaysiaBro #fyp #fypシ゚viral #fypage ♬ bunyi asal - MizieDakBecaMLK

    “Kami telah sepakat membuat kejutan pada majlis sahabat kami tanpa pengetahuan pengantin.

    “Tujuan kami buat semua ini bagi meraikan serta memberi satu kenangan yang hebat untuk sahabat kami,” katanya hantaran itu.

    Reaksi positif hadirin menambah kemeriahan majlis dengan tepukan tangan dan sorakan.

    Rakaman itu mencuri perhatian ramai yang memuji kemeriahan majlis perkahwinan itu menggambarkan keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.

    " data-video-id="7378489341800156417" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
    @lovehazirah_ Hanya di Melaka ❤️ Tahniah sepupuku dan Selamat Pengantin Baru. #melakawedding #perpaduankaum #cinamelayuindiasemuasupport ♬ original sound - M I L O_B G M 🎧🎙️ - ❁ ᴍɪʟᴏᴀꜱᴛʜᴇᴛɪᴄᴇᴅɪᴛ ♡

    "Meriahnya! Pertama kali pergi majlis kahwin yang ada tarian singa, kompang dan gendang India.

    "Seronok! Perpaduan kaum sangat,” kata seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Lovehazirah, sepupu kepada pasangan mempelai yang turut berkongsi video majlis itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah