26 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri sambut baik pengumuman geran latihan kepada belia India

    Shopee Sale

    Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menyediakan geran latihan bagi pelaksanaan Malaysian Indians Skills Initiative (Misi) dengan dana sebanyak RM30 juta.

    Katanya, dana tersebut akan disalurkan kepada program-program peningkatan kemahiran untuk belia komuniti India yang akan diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), menerusi Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dan dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

    "Inisiatif ini akan menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.

    "Ini selaras dengan aspirasi 3K Kesumayang bertujuan untuk meningkatkan Kemahiran, Keberhasilan dan Kebajikan pekerja," katanya dalam kenyataan media.

    Katanya, maklumat lanjut tentang program-program latihan di bawah Misi Kesuma-Mitra ini, akan diumumkan tidak lama lagi.

    MENARIK:  Biden tarik diri daripada pilihan raya presiden AS

    Rabu lalu Anwar mengumumkan dana RM30 juta kepada program peningkatan kemahiran untuk beliau komuniti India.

    Difahamkan daripada jumlah dana RM30 juta, Kesuma menyumbang RM10 juta, Mitra menyediakan RM10 juta, dan, Kementerian Kewangan akan menyumbang RM10 juta lagi.

    Sim berkata bahawa pengumuman perdana menteri itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk menangani isu masyarakat India.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah