30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri pertahanan yakin tiada lagi kes buli di UPNM

    Shopee Sale

    Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin yakin tidak akan berlaku lagi kejadian buli seperti yang melibatkan Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

    Khaled berkata tiada kejadian serupa telah dilaporkan sejak tragedi pada 2017, menunjukkan langkah sewajarnya telah dilaksanakan.

    "Saya percaya selepas kejadian itu tidak ada lagi perkara perkara ini berlaku.

    "Jadi maknanya mungkin tindakan tindakan yang sewajarnya telah diambil oleh pihak universiti,” katanya kepada pemberita selepas hadir mesyuarat Umno bahagian Gombak.

    Khaled juga menyuarakan keyakinan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah kejadian sedemikian di semua universiti.

    Jelasnya, walaupun UPNM terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan tetap mengekalkan hubungan rapat dengan institusi itu kerana lokasi dan visi bersama.

    "Dalam hal ini kita juga beri perhatian dan kita juga sampaikan kepada pihak pengurusan universiti supaya mereka pastikan ini semua tidak berlaku di masa akan datang,” kata Khaled.

    MENARIK:  Polis akhirnya terima notis perarakan wanita WMMY

    Khaled mengulas keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang menjatuhkan hukuman mati ke atas enam bekas kadet UPNM atas kesalahan pembunuhan Zulfarhan.

    Mahkamah membatalkan hukuman penjara 18 tahun sebelum ini dan mengembalikan semula pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Individu yang disabitkan kesalahan, kini berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah