Umno, BN Negeri Sembilan telah memohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Besar bagi memaklumkan situasi terkini berhubung senario politik di negeri itu.
Pengerusinya, Jalaluddin Alias, berkata mereka sedia menjadi pembangkang sekiranya Pakatan Harapan (PH) kekal menerajui negeri itu.
"Kita sudah buat permohonan untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyatakan tentang pemakluman apa penarikan sokongan kita kepada Menteri Besar (Aminuddin Harun).
"Saya belum lagi dititah mengadap dan saya bersedia pada bila-bila masa untuk mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di Seremban hari ini.
Dia sekali lagi menegaskan bahawa tindakan yang diambil bukan kerana ingin merebut jawatan menteri besar, namun mempertahankan institusi adat di Negeri Sembilan.
[Berita penuh menyusul]





