30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan pada SPRM

    Shopee Sale

    Bekas pembantu Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern atau James Chai hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini bagi menyambung memberi keterangan pada hari kedua siasatan.

    James Chai tiba pada 9.45 pagi bagi membantu siasatan kes membabitkan firma semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom, Arm Holdings Plc.

    Semalam, James Chai turut hadir ke Ibu Pejabat SPRM kira-kira 10 pagi dan mengambil masa lebih lapan jam memberi keterangan.

    Pada 1 April, SPRM memberi tempoh dua minggu kepada James Chai untuk tampil membantu siasatan kes melibatkan firma semikonduktor itu dengan SPRM bersedia menanggung kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

    MENARIK:  Warga emas maut dalam kebakaran di Klang

    Pada 16 Feb, SPRM membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

    Menurut sumber, siasatan dijalankan susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

    Selain itu, siasatan turut menjurus kepada unsur konflik kepentingan apabila beberapa individu dikatakan diberikan jawatan tinggi dalam syarikat asing tersebut selepas berhenti daripada sebuah kementerian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah