32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri Perpaduan pertahan mengapa dia masih diperlukan

    Shopee Sale

    Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, mempertahankan keperluan dirinya untuk terus memegang jawatan dan kekal dalam perkhidmatan yang dibiayai oleh pembayar cukai.

    Ini susulan gesaan seorang ahli akademik agar kementeriannya dimansuhkan atas dakwaan prestasi yang longlai dalam memperkukuhkan perpaduan negara.

    Dalam satu hantaran di platform X pada Jumaat lalu, James Chin, pensyarah Pengajian Asia di Universiti Tasmania, mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh Aaron dan kementeriannya sejak tahun 2022.

    James Chin

    “Kelihatan setiap kali ada isu, Kementerian Perpaduan Negara tidak kelihatan sehinggalah selepas menteri-menteri lain terlebih dahulu menangani masalah tersebut,” dakwa Chin.

    Dia merujuk beberapa insiden seperti kontroversi KK Mart, isu penukaran agama, serangan bom petrol ke atas rumah ahli Parlimen Beruas, Ngeh Khoo Ham, serta reaksi balas terhadap sambutan Krismas anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

    Dalam kes khianat api terhadap rumah Ngeh pada 10 Januari tahun lalu, Aaron mengeluarkan kenyataan pada hari yang sama mengecam tindakan itu sebagai serangan terhadap perpaduan dan keharmonian negara.

    Bagaimanapun, mengenai kontroversi stokin berkalimah n Allah yang dijual di KK Mart, dia pada mulanya enggan diheret atau mengulas atas alasan tidak mahu bercakap tentang isu perpecahan. Dia hanya membuka mulut   selepas menerima kritikan kerana keengganannya memberikan komen.

    Semasa kontroversi sandwic ham, dia hanya bersuara menentang tindakan vandalisme terhadap sebuah cawangan KK Mart di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    Aaron juga terus membungkam ketika PAS dan pihak konservatif lain “menyerang” Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, kerana menganjurkan sambutan Krismas di kementeriannya.

    Perlu atau tidak Kementerian Perpaduan?

    MENARIK:  Bubarkan saja PN, PAS lebih baik cari jajaran baru, kata Puad

    Chin turut berhujah bahawa jika Kementerian Perpaduan Negara benar-benar berkesan, hubungan antara kaum dan agama seharusnya tidak menjadi renggang sebaliknya bertambah baik.

    "Jika kementerian ini berkesan, bukankah hubungan etnik dan agama sepatutnya semakin baik dan bukannya semakin merosot?" katanya.

    "Kecuali, di Malaysia, ‘perpaduan nasional’ bermaksud mematuhi peraturan satu kaum dan satu agama. Jika begitu, maka Kementerian Perpaduan memang satu kejayaan!" sindirnya.

    Justeru, Chin mencadangkan agar kementerian itu dimansuhkan dan dana yang dapat dijimatkan disalurkan sebagai geran kepada agama bukan Islam.

    Aaron pertahan perananan KPN

    Dalam satu kenyataan malam tadi, Aaron mempertahankan relevansi kementeriannya.

    “Saya ingin menegaskan bahawa kementerian dan saya sentiasa memberi perhatian serius dalam menguruskan isu perpaduan di negara ini,” katanya.

    Jelasnya, bahawa sepanjang tahun 2024, kementeriannya  telah menganjurkan 730 program berkaitan perpaduan, kenegaraan, dan komuniti rahmah yang bertujuan meningkatkan interaksi antara kaum dan agama.

    Tahun ini, kementerian akan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan, yang terdiri daripada wakil-wakil Kementerian Perpaduan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, serta polis, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan beberapa agensi lain.

    Selain itu, kementeriannya juga akan menubuhkan pusat pelaporan komuniti serta dashboard analitik bagi memantau dan menangani isu perpaduan dengan lebih berkesan.

    Aaron turut menyatakan kesediaannya untuk bertemu sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai perananan kementeriannya atau membincangkan isu perpaduan di negara ini.

    “Perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak, bukan hanya kerajaan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah