26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Melaka kekurangan RM21.5 juta bagi selesaikan masalah lampu jalan

    Shopee Sale

    Kerajaan Melaka memerlukan kira-kira RM25 juta bagi menyelesaikan masalah lampu jalan di jalan negeri, kata Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

    Beliau berkata pada tahun ini, peruntukan yang diterima adalah RM3.5 juta membabitkan RM3 juta daripada kerajaan Persekutuan dan RM500,000 daripada kerajaan negeri.

    “(Peruntukan yang diterima) masih jauh lagi untuk menyelesaikan masalah lampu jalan (di jalan negeri) dan ia tidak termasuk jalan kampung.

    “Bagaimanapun, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atau agensi berkaitan tak pernah putus nak mendapatkan peruntukan lampu jalan di Melaka,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di Melaka hari ini.

    MENARIK:  Dakwaan projek 2 tahun gilap reputasi Daim bocor

    Beliau menjawab soalan dikemukakan Tuminah Kadi (BN-Pantai Kundor) yang mahu tahu mengenai permohonan lampu jalan di Melaka.

    Dalam pada itu, Hameed berkata Melaka juga menerima peruntukan tambahan RM1.7 juta daripada Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya di Malaysia (MARRIS) bagi tujuan pemasangan lampu jalan di kawasan kampung pada tahun ini.

    Tambah beliau peruntukan tersebut akan diagihkan ke setiap daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin, yang masing-masing bakal menerima RM500,000 manakala JKR Melaka pula RM200,000.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah