32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCMC tarik balik sekatan terhadap Grok

    Shopee Sale

    MCMC menarik balik sekatan akses sementara ke atas aplikasi Grok di platform X berkuat kuasa hari ini, susulan pengesahan pelaksanaan langkah pencegahan dan keselamatan tambahan oleh platform berkenaan.

    MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mesyuarat pada Rabu lepas melibatkan Kementerian Komunikasi, MCMC serta wakil platform X bagi mendapatkan penjelasan dan komitmen berhubung langkah pencegahan serta pematuhan undang-undang Malaysia.

    "Pihak X mengesahkan bahawa langkah keselamatan yang diperlukan telah dilaksanakan terhadap aplikasi Grok,” menurut kenyataan itu.

    MCMC memaklumkan setelah mengambil kira penjelasan dan pengesahan awal yang dikemukakan, suruhanjaya berkenaan telah menarik balik sekatan akses sementara dikenakan terhadap aplikasi Grok tertakluk kepada pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa.

    MENARIK:  ART: Tujuh akta harta intelek dipinda tahun depan

    MCMC menegaskan keselamatan pengguna kekal sebagai keutamaan dan sebarang kegagalan pematuhan atau pelanggaran undang-undang Malaysia akan ditangani secara tegas.

    Pada 11 Jan lepas, MCMC mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kepada AI Grok bagi pengguna di Malaysia susulan penyalahgunaan Grok berulang kali untuk menjana kandungan lucah dan seksual eksplisit.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah