31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mavcom siasat dakwaan syarikat penerbangan tak maklum tukar pintu pelepasan

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang menyiasat insiden sebuah syarikat penerbangan didakwa menukar pintu pelepasan tanpa memaklumkan kepada penumpang sehingga menyebabkan mereka terlepas penerbangan.

    Pengadu Mohamed Rafi Mohamed mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.

    "Hari ini saya terima e-mel daripada Mavcom memberitahu bahawa insiden itu sedang disiasat.

    "Mavcom dalam e-mel memaklumkan bahawa mereka telah menyemak aduan saya bersama-sama dengan dokumen yang telah saya serahkan kepada mereka.

    "Mavcom memberi jaminan, syarikat penerbangan sedang menyiasat kes saya dan saya akan menerima maklum balas daripada syarikat penerbangan itu dalam tempoh 30 hari," kata Rafi.

    Sebelum ini, anak Rafi bersama seorang warga India membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

    MENARIK:  Tak perlu polemik, MAS hidang arak atas sebab komersial - menteri

    Menurut Rafi insiden itu menyebabkan anaknya bersama dua lagi saudaranya warga India tidak dapat menaiki kapal terbang untuk ke Tiruchirappalli.

    Justeru, kata Rafi, anaknya dan seorang saudaranya warga India membuat laporan di Balai Polis Main Terminal Building di KLIA. Malaysiakini telah melihat laporan itu.

    Malaysiakini tidak mendedahkan nama syarikat penerbangan tersebut sementara menunggu maklum balas.

    Rafi mendakwa seramai tujuh penumpang terlepas penerbangan tersebut.

    Dia juga mendakwa anaknya bersama dua saudara mereka terpaksa membeli tiket baru untuk ke India, dengan keseluruhannya berjumlah kira-kira RM8,000.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah