32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Masjid, surau bawah Jakim, Jawi buat solat hajat doakan Agong

    Shopee Sale

    Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, akan mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata solat hajat dan doa selamat selepas solat maghrib esok itu turut diadakan di masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

    MENARIK:  Guru mengaku tak salah lakukan amang seksual terhadap murid

    "Umat Islam adalah diundang untuk bersama-sama ke masjid atau surau berkenaan bagi mendoakan Seri Paduka Baginda agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Jumaat lepas, Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

    Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahmandan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah