28.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Masjid seluruh Perlis akan laksana solat jenazah ghaib untuk Ismail Haniyeh

    Shopee Sale

    Masjid di seluruh negeri Perlis akan melaksanakan solat jenazah secara ghaib pada Jumaat ini untuk Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim Israel.

    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataan malam ini memaklumkan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Yang Dipertua MAIPs, bertitah solat jenazah itu akan diadakan selepas Solat Jumaat.

    “Adalah dihebahkan bahawa Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah mengampuni limpah perkenan agar dilaksanakan Solat Jenazah Ghaib ke atas Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di masjid-masjid seluruh negeri Perlis.

    “Sesungguhnya, pemergian Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh merupakan satu kehilangan besar buat rakyat Palestin dan umat Islam serta didoakan jua Allahyarham ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan para solihin,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Permohonan bekas Adun Tronoh kemuka bukti baru didengar 12 Nov

    Sehubungan itu, umat Islam di Perlis digalakkan menyertai solat jenazah berkenaan.

    Agensi Anadolu melaporkan pemimpin Hamas itu terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran, Iran.

    Beliau berada di Tehran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu iaitu Masoud Pezeshkian semalam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah