27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia sebenarnya monyet, tak pernah jadi harimau Asia, kata Ku Li

    Shopee Sale

    Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menolak dakwaan kononnya Malaysia pernah menjadi Harimau Asia, sambil mempertikaikan dakwaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

    “Anda panggil diri sebagai ‘Harimau Asia’, tetapi anda sebenarnya monyet. 

    “Anda tidak maju.

    “Kita tidak pernah jadi ‘Harimau Asia’. Itu hanya ilusi,” katanya yang dipetik portal berita Free Malaysia Today.

    Razaleigh, yang berkhidmat sebagai menteri kewangan dari 1976 hingga 1984, menafikan tanggapan kononnya  Malaysia suatu ketika dahulu adalah kuasa ekonomi besar di Asia bersama Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, dan Singapura.

    Katanya, Malaysia tidak boleh membuat dakwaan sebagai Harimau Asia memandangkan negara membiayai hampir keseluruhan projeknya, termasuk empangan dan lebuh raya, disebabkan pelabur asing menjauhi negara ini.

    Razaleigh berkata, bagaimanapun ada pihak berpandangan Malaysia telah ‘sampai’ menjadi negara kaya dan maju.

    MENARIK:  Melaka salur bantuan segera RM300 bantu mangsa banjir

    Pada 2018, Mahathir ketika menjadi perdana menteri buat kali kedua, mengumumkan Malaysia akan kembali menjadi ekonomi ‘Harimau Asia’. 

    Dia mengulanginya setahun kemudian ketika melancarkan rancangan kerajaan bagi pembangunan ekonomi menjelang 2030.

    Bagaimanapun, pakar ekonomi Madeline Berma mempertikaikan label Harimau Asia itu. Sebaliknya, katanya, Malaysia hanya layak digelar ‘harimau kecil’ atau ‘naga kecil’.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah