29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia raih pelaburan AI RM13.29 bilion

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Malaysia berjaya menarik pelaburan diluluskan berjumlah RM13.29 bilion bagi sektor kecerdasan buatan (AI) di bawah inisiatif Malaysia Digital bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini yang berpotensi mewujudkan kira-kira 6,920 peluang pekerjaan.

    Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata pencapaian itu menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi Malaysia sebagai hab AI serantau, sekali gus memperkukuh kedudukan negara dalam ekosistem digital global.

    Sumbangan AI dan teknologi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 adalah 23.5 peratus dan kerajaan menyasarkan peningkatannya kepada 25.5 peratus menjelang akhir 2025.

    “Saya yakin sasaran ini boleh dicapai berdasarkan perkembangan positif dalam pelaburan, pembangunan bakat serta pelaksanaan pelbagai kes penggunaan AI merentasi sektor,” katanya di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

    MENARIK:  Zaliha: Mesin layan diri vape tanpa lesen akan dirampas

    Beliau menjawab soalan Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai kemajuan dicapai oleh Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) setakat ini serta sumbangan terhadap pembangunan AI.

    Menjelaskan selanjutnya, Gobind berkata pencapaian ini juga selaras dengan usaha kerajaan membangunkan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026–2030 yang berteraskan data, bakat dan infrastruktur bagi memastikan manfaat teknologi dapat dimaksimumkan untuk ekonomi dan rakyat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah