32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mulai Hari Ini, Bawah 16 Tahun Tak Boleh Buka Akaun Media Sosial? Ini Yang Korang Perlu Tahu

    Shopee Sale

    Kalau selama ini ramai ibu bapa risau tentang keselamatan anak-anak di media sosial, berita terbaru daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mungkin akan memberi sedikit kelegaan.

    Bermula 1 Jun 2026, MCMC menguatkuasakan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (Child Protection Code, CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (Risk Mitigation Code, RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

    Apa maksudnya?

    Secara ringkas, platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube kini diwajibkan untuk melaksanakan pengesahan umur pengguna dan hanya individu berumur 16 tahun ke atas dibenarkan membuka akaun baharu.

    Menurut MCMC, langkah ini diperkenalkan bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat serta melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian yang semakin membimbangkan.

    Pengguna bawah 16 tahun akan disekat

    Bagi akaun baharu, pengguna perlu melalui proses pengesahan umur menggunakan rekod yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia atau dokumen setara yang diiktiraf.

    Sementara itu, pengguna sedia ada pula akan menjalani proses pengesahan umur secara berperingkat dalam tempoh enam bulan akan datang.

    Sekiranya pengguna dikenal pasti berumur bawah 16 tahun, mereka akan diberikan tempoh selama sebulan untuk memuat turun atau memindahkan data peribadi seperti gambar dan video sebelum sebarang sekatan atau penggantungan akaun dikenakan.

    MENARIK:  ‘Kejar Masa Depan & Kalau Mereka Bertemu Jodoh Sekalipun, Saya Okay Tapi Jaga Anak Elok-Elok’ – Datuk Red

    Platform media sosial perlu patuh

    Selain pengesahan umur, CPC turut mewajibkan penyedia platform melaksanakan pendekatan “safety by design” iaitu ciri keselamatan yang dibangunkan khusus bagi melindungi pengguna kanak-kanak.

    Dalam masa sama, Kod Pengurangan Risiko (RMC) pula mengkehendaki platform menjalankan penilaian risiko, memperkukuh penyederhanaan kandungan, menyediakan kawalan keselamatan pengguna dan meningkatkan tahap akauntabiliti platform.

    MCMC turut menegaskan bahawa sebarang kegagalan mematuhi keperluan yang ditetapkan boleh mengundang tindakan penguatkuasaan mengikut undang-undang.

    Nampaknya selepas ini, proses membuka akaun media sosial tidak lagi semudah memasukkan tarikh lahir secara rawak.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Kod Perlindungan Kanak-Kanak (Child Protection Code, CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (Risk Mitigation Code, RMC), sila rujuk Soalan-soalan Lazim https://mcmc.gov.my/en/onsa/resources/frequently-asked-questions.

    The post Mulai Hari Ini, Bawah 16 Tahun Tak Boleh Buka Akaun Media Sosial? Ini Yang Korang Perlu Tahu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah