32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PH ikrar buat persiapan sebaik mungkin hadapi PRN Johor

    Shopee Sale

    Mendepani cabaran terkini, PH Johor mengakui mereka berdepan dengan laluan tidak mudah bagi mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

    Pengarah Komunikasi PH Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata gabungan itu memang sudah menjangkakan dewan undangan negeri (DUN) dibubarkan lebih awal berbanding sidang yang dijadual berlangsung pada 22 Jun ini.

    Malah, katanya, PH menganggap pengumuman sidang DUN tersebut adalah “tidak masuk akal sama sekali.”

    “Atas semangat demokrasi, PH akan meneruskan persiapan sedia ada bagi menghadapi PRN ini,” katanya dalam kenyataan lewat petang ini.

    Kenyataan itu ditandatangani Aminolhuda Hassan selaku Pengerusi PH Johor bersama Dr Zaliha Mustafa (Pengerusi PKR Johor) dan Teo Nie Ching (Pengerusi DAP Johor).

    Menurut Sheikh Umar, ekoran pengumuman dibuat Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, petang tadi, PH negeri itu akan memanjangkan perbincangan mereka ke peringkat majlis presiden untuk merangka langkah seterusnya.

    MENARIK:  GRS terbuka jika parti komponen nak bertanding solo - Hajiji

    “Bagi kami, tidak ada pilihan raya yang mudah. PH siap sedia menggembeling usaha sebaik mungkin untuk memenangi PRN kali ini,” katanya.

    Petang tadi Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor mengumumkan DUN negeri itu dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

    Pembubaran itu meletakkan Johor perlu mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari seperti dikehendaki oleh perlembagaan.

    Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan urusan berkenaan.

    Kali terakhir Johor mengadakan PRN ialah pada 12 Mac 2022. Ketika itu BN dan PH bekerjasama bagi menghadapi cabaran PN.

    Bagaimanapun kali ini BN Johor mengambil langkah sendirian dengan mengumumkan mereka akan meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah