Seorang suami meluahkan rasa sedih selepas mengetahui bahawa anak sulung yang bakal dilahirkan oleh isterinya ialah seorang perempuan.
Artikel Berkaitan: Wanita Pura-Pura Tak Pandai Order Demi Bantu Pelajar Tingkatan 5 Kelaparan – ‘Saya Nampak Baki RM2.43’
Artikel Berkaitan: Wanita Tak Sangka Kakak Banyak Terima Pesanan Selepas Siti Nurhaliza Bantu ‘Promote’ Cinnamon Roll – ‘Kami Akan Ingat Kebaikan Dia’
Kecewa

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki itu berkata dia menginginkan anak lelaki kerana percaya anak tersebut akan dapat menjaga mereka pada usia tua nanti.
Isteri aku tengah mengandungkan anak pertama.
Tapi aku sedih, dapat anak perempuan. Aku nak anak lelaki supaya boleh tanggung keluarga bila kami tua nanti.
Serius aku kecewa dengan isteri aku.
Mengulas lebih lanjut, lelaki itu berkata dia telah banyak berkorban dan melayani kehendak isterinya sepanjang kehamilan.
Bagaimanapun, kecewa selepas mengetahui bahawa anak yang bakal lahir ialah perempuan.
Padahal aku dah bagi isteri aku makan sedap-sedap sebelum dia mengandung, semua yang dia ngidam aku bagi.
Tapi nak buat mcm mana kan. Terpaksa la terima.
Sumber: Threads
The post Suami Sedih Anak Sulung Bukan Lelaki – ‘Serius Aku Kecewa Dengan Isteri’ first appeared on OHBULAN!.





