Isteri kepada penyanyi Ameng iaitu Sabariah Zakariah menafikan dakwaan kononnya dia menjadi punca suaminya tidak mahu hadir memberikan sokongan kepada anaknya, Azeva Natasha dalam program Talk To My Manager (TTMM).
Artikel Berkaitan: ’40 Saat Sebelum Naik Pentas, Baru Gari Dibuka’ – Ameng Imbas Peristiwa Dikeluarkan Sekejap Dari Penjara Untuk Buat Persembahan
Nafi halang Ameng

Menerusi satu sesi siaran langsung, Sabariah berkata dia berasa kecewa apabila terdapat pihak yang memutarbelit kenyataan Ameng sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap dirinya.
Menurut Sabariah, Ameng sebelum ini sudah menjelaskan sebab sebenar dia tidak hadir setiap minggu ke konsert berkenaan, namun masih ada segelintir pihak yang menyebarkan cerita tidak benar.
Dunia semakin tua yang semakin akhir zaman, sepatutnya semua orang menjadi lebih terbuka pemikirannya. Ada satu video sebelum ini, Ameng sudah terangkan mengapa dia tidak pergi setiap minggu di konsert TTMM.
Tetapi ada segelintir pihak yang memutar belit cerita dan menggunakan tajuk yang membuatkan orang lain berfikir sebaliknya.
Ada yang cakap saya yang tidak benarkan Ameng pergi konsert TTMM, apa kena mengena dengan saya. Azeva anak Ameng.
Sabariah turut mengakui dirinya cukup terkesan dengan fitnah tersebut dan menegaskan dia tidak pernah menghalang Ameng daripada menjalankan tanggungjawab sebagai bapa atau memberikan sokongan kepada anaknya.
Kalau orang yang cakap itu ada depan saya, makan pelempang dah. Kau yang cakap itu, selagi tidak minta maaf dengan aku, aku tak maafkan kau dunia akhirat. Sebab itu fitnah.
Saya tidak pernah menyekat untuk Ameng sokong anaknya. Kalau cakap saya tak bagi, sudah dari awal saya tidak benarkan. Saya yang suruh dia pergi sokong.
Sebelum ini, Ameng menjelaskan keputusannya untuk tidak kerap hadir pada setiap minggu konsert TTMM bukan disebabkan sebarang konflik keluarga, sebaliknya kerana tidak mahu kehadirannya mencuri perhatian media.
Menurut Ameng, program tersebut melibatkan Azeva serta bekas isterinya, Datuk A. Aida, justeru dia merasakan lebih baik tumpuan diberikan sepenuhnya kepada mereka berdua tanpa kehadirannya menjadi fokus utama.
Sumber: TikTok
The post Isteri Nafi Halang Ameng Sokong Azeva Di TTMM – ‘Yang Cakap Itu, Aku Tak Maafkan Kau Dunia Akhirat’ first appeared on OHBULAN!.





