28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia menang tipis 2-1 terhadap Singapura

    Shopee Sale

    Malaysia menang tipis 2-1 terhadap Singapura dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

    Walaupun berjaya mengalahkan negara jiran, pasukan kebangsaan bergelut mengekalkan persembahan memukau ketika membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia dua bulan lalu.

    Gol Harimau Malaya disumbang oleh pemain Sabah Stuart Wilkin dan pemain warisan baru kelahiran Brazil Joao Figueiredo. 

    Pasukan lawan pula memperoleh jaringan tunggal melalui gol jarak jauh pemain gantian Ilhan Fandi.

    MENARIK:  Kg Sg Baru: Penduduk tak faham risiko - Azam Baki

    Malaysia, yang mempunyai ranking jauh lebih tinggi, mempunyai banyak peluang tetapi gagal menterjemahkannya kepada jaringan.

    Pemain warisan Rodrigo Holgado, yang terbang kira-kira 24 dari Colombia tidak diturunkan malam ini.

    Ketua jurulatih Peter Cklamovski mungkin menyimpannya untuk perlawanan minggu depan menentang Palestin di ranking 98 dunia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah