29 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia kecam keras kelulusan 34 penempatan haram baru oleh Israel

    Shopee Sale

    Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan terbaharu rejim Zionis Israel yang meluluskan pembinaan 34 penempatan haram baharu di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).

    Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Kementerian Luar yang turut dikenali sebagai Wisma Putra berkata Malaysia menegaskan bahawa peluasan penempatan secara berterusan merupakan pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, terutamanya Konvensyen Geneva Keempat dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2334 (2016).

    MENARIK:  Digantung Bersatu, Ronald: Kalau salah besar kenapa tak pecat?

    Kementerian itu berkata tindakan tersebut juga merupakan cubaan untuk mengubah komposisi demografi Wilayah Palestin.

    “Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak tegas bagi memastikan rejim Israel mematuhi undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

    Wisma Putra berkata Malaysia menegaskan komitmen yang tidak berbelah bahagi, mengulangi seruannya bagi penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempada pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah