29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia adakan rundingan lanjut isu ketegangan Thailand-Kemboja

    Shopee Sale

    Malaysia telah mengadakan perbincangan lanjut berhubung ketegangan yang tercetus antara Thailand dan Kemboja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata perbincangan itu telah berlangsung semalam dengan pemimpin kedua-dua negara.

    “Saya bincang dengan Perdana Menteri Thailand dan Perdana Menteri Kemboja, kedua-duanya," kata beliau kepada media ketika ditanya mengenai konflik tersebut.

    Anwar berkata demikian selepas merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global 2025 dan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

    Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia.

    Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

    MENARIK:  Angka kematian gempa bumi Myanmar meningkat kepada 3,471

    Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet mendakwa tentera Thailand menghalang lebih 20 keluarga kembali ke rumah mereka di kawasan sempadan yang dipertikai, seperti dinyatakan dalam surat beliau kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Jurucakap tentera Thailand Winthai Suvaree pula mendakwa penduduk Kemboja telah terlibat dalam insiden keganasan dan mencetuskan kekecohan dengan sengaja, selain bertindak menduduki wilayah Thailand secara haram.

    Thailand dan Kemboja sebelum ini telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata pada Julai selepas pertempuran yang berlaku antara kedua-dua negara mengorbankan 33 nyawa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah