25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah tolak habeas corpus enam wanita China supaya dibebaskan

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan habeas corpus dikemukakan enam wanita warga China supaya mereka dibebaskan serta-merta daripada tahanan di bawah kawalan serta jagaan Komandan Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

    Enam wanita itu selaku pemohon ialah jurutera Fu Xiaoling, 40; artis opera Fu Xiaoyan, 37; perunding teknikal Zhong Li, 27; pembantu akaun Ai Xi, 31; model Huang Ting, 33; dan pemegang pas lawatan Zhao Jinming, 26.

    Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid ketika membuat keputusan itu berkata setelah meneliti keseluruhan afidavit difailkan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati dua isu dikemukakan oleh pemohon tidak berpihak kepada mereka.

    “Oleh itu mahkamah menolak permohonan habeas corpus ini,” kata Hakim Azhar.

    Prosiding itu dihadiri peguam J Matthews yang mewakili enam wanita terbabit, manakala Peguam Kanan Persekutuan Mohd Zain Ibrahim mewakili Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Ketua Pengarah JIM, Menteri Dalam Negeri, Komandan Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan Kerajaan Malaysia selaku responden.

    Enam wanita itu memfailkan permohonan habeas corpus pada 9 Sept lepas, memohon agar mahkamah membebaskan mereka serta-merta tanpa syarat daripada tahanan di bawah kawalan serta jagaan Komandan Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

    Menerusi afidavit sokongan, Matthews berkata keenam-keenam wanita itu ditahan oleh JIM dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan pada 22 Ogos lepas, dan selepas tamat tempoh reman mereka diperintahkan untuk diusir dari negara ini walaupun kesemua pemohon mempunyai visa kemasukan ke Malaysia secara sah.

    MENARIK:  Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Bernama

    Beliau mendakwa pemohon-pemohon yang merupakan pemegang pas pekerjaan yang sah dan pas lawatan, juga tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhi hukuman bagi mana-mana kesalahan bersangkut dengan tangkapan ke atas mereka sejak 22 Ogos lepas.

    Sehubungan itu beliau berkata perintah tahanan dan pengusiran yang dikeluarkan ke atas pemohon-pemohon bersifat pra-matang, tidak disokong bukti kukuh serta penyalahgunaan kuasa dan suatu tindakan melebihi peruntukan dalam Akta Imigresen 1959/1963.

    Selepas prosiding, Matthews ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu dalam masa terdekat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah