30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rela jadi pembangkang? Anwar anggap kenyataan Umno NS belas jelas

    Shopee Sale

    Kemelut kepimpinan di Negeri Sembilan perlu dilihat dalam kerangka menghormati institusi beraja serta memastikan kestabilan pentadbiran negeri itu terus terpelihara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Justeru, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata kenyataan seorang pemimpin Umno di Negeri Sembilan bahawa parti berkenaan sedia menjadi pembangkang di negeri itu tidak wajar diperbesarkan.

    “Kenyataan Umno (Negeri Sembilan) itu belum jelas. Saya tidak mahu komen itu.

    “Cuma sekarang ini kalau isunya institusi raja, saya dengar sendiri daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Tuanku Muhriz Tuanku Munawir).

    “Jadi isunya tidak berbangkit kerana kita patuh kepada titah raja, minta supaya keadaan stabil dan Menteri Besar (Datuk Seri Aminuddin Harun) teruskan (tugas),” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, di Putrajaya hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menegaskan parti itu rela menjadi pembangkang daripada bersama PH dalam pentadbiran kerajaan negeri berkenaan kerana tidak mahu terpalit dengan krisis adat dan Perlembagaan negeri itu.

    MENARIK:  Remaja dilaporkan hilang ditemukan di stesen bas

    Mengulas lanjut, Anwar berkata sebarang dakwaan berhubung Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Aminuddin kehilangan sokongan majoriti perlu ditentukan melalui proses yang sah mengikut peruntukan undang-undang.

    “Apakah benar kehilangan dukungan sepenuhnya? Itu semua akan ikut proses,” kata beliau.

    Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan dalam mempertahankan sistem beraja, termasuk perananan institusi Undang sebagai sebahagian daripada struktur pemerintahan Negeri Sembilan.

    "Saya juga telah berikan pandangan kepada Menteri Besar, selain daripada taat kepada titah Yang di-Pertuan Besar, (untuk) juga terus santuni (para) Undang, ikut peraturan dan undang-undang Negeri Sembilan," kata Perdana Menteri.

    Pada 27 April, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Negeri Sembilan dilaporkan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin, susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri itu.

    Krisis adat di Negeri Sembilan mula timbul susulan tindakan undang luak yang dilaporkan mengisytihar menurunkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah