Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk memulakan prosiding komital terhadap tujuh individu dan kerajaan.
Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd dan syarikat induknya Hydroshoppe Sdn Bhd memohon tindakan menghina mahkamah terhadap lapan pihak berkenaan kerana didakwa mengganggu proses keadilan, semasa prosiding undang-undang sedang berlangsung.
Hakim Roz Mawar Rozain yang menolak permohonan itu telah memerintahkan kedua-dua syarikat berkenaan membayar RM25,000 kepada responden, termasuk kepada Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.





