27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah: Kerajaan langgar hak 40 peratus hasil Sabah

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.

    Hakim Celestina Stuel Galid, ketika menyampaikan keputusannya di mahkamah mengisytiharkan bahawa pemberian khas yang dibuat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri adalah “tidak sah, ultra vires dan tidak rasional,” serta melanggar Perlembagaan Persekutuan.

    “Adalah tidak sah bagi pihak Persekutuan untuk membuat pemberian khas sebagaimana yang dimaksudkan di bawah Jadual Kesepuluh,” katanya.

    Hakim juga mendapati bahawa Perintah Semakan Kedua dan Ketiga yang dikeluarkan oleh kedua-dua kerajaan adalah tidak sah, dan membenarkan permohonan sepenuhnya oleh Sabah Law Society (SLS).

    MENARIK:  Kenaikan gaji, AKPS antara pencapaian reformasi perkhidmatan awam

    Mahkamah turut mengeluarkan perintah mandamus yang mengarahkan kerjaan persekutuan menjalankan semakan semula hasil bersama kerajaan Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, serta bersetuju dengan hak 40 peratus Sabah bagi setiap tahun kewangan dari 1974 hingga 2021 dalam tempoh 180 hari.

    Tinjauan kehakiman ini dimulakan oleh Sabah Law Society (SLS) pada Jun 2022, apabila badan itu memfailkan permohonan untuk mencabar kegagalan kerajaan Persekutuan menegakkan hak hasil Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah