28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah arah kerajaan serah kembali 107 hektar tanah ‘Duta Enclave’

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan kerajaan untuk menyerahkan tanah seluas hampir 107 hektar di Jalan Tuanku Abdul Halim (dahulunya dikenali sebagai Jalan Duta) kepada pemilik asal lokasi itu, Semantan Estate (1952) Sdn Bhd.

    The Edge melaporkan Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan permohonan Semantan Estate, untuk melaksanakan perintah yang diperoleh syarikat itu sejak 2009.

    Ia adalah antara pertikaian tanah sivil paling lama sejak Merdeka selepas mahkamah menolak permohonan kerajaan untuk penangguhan sementara menunggu cadangan penyelesaian oleh kerajaan mengenai isu itu.

    Tanah yang dikenali sebagai `Duta Enclave’ itu menempatkan i sebahagian Masjid Wilayah Persekutuan, Kompleks Kerajaan Jalan Duta yang turut menempatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Stadium Hoki Jalan Duta dan Institut Integriti Malaysia.

    Hakim Ahmad Shahrir juga mengarahkan kerajaan membayar kos sebanyak RM50,000.

    MENARIK:  2.2j kenderaan dijangka guna lebuh raya Plus esok, 1 Sept

    Keputusan pada hari ini juga memutuskan pemindahan tanah itu perlu dibuat dalam tempoh tiga bulan, tanpa sebarang halangan dan liabiliti mulai hari ini.

    Mahkamah juga mengarahkan supaya Semantan Estate didaftarkan sebagai tuan punya tanah terbabit.

    Ini tidak termasuk permohonan pelikuidasi untuk ganti rugi keuntungan mesne yang dituntut oleh plaintif yang masih belum selesai

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah