30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau nak debat dengan saya patutnya awal kempen’

    Shopee Sale

    Menteri Besar sementara Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menegaskan tiada keperluan untuk mengadakan debat dengan Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kini memasuki fasa akhir.

    Menurut Aminuddin, jika debat mahu diadakan, ia sepatutnya dibuat pada peringkat awal kempen dan bukannya ketika calon-calon kini sedang memberi tumpuan bertemu pengundi.

    "Saya rasa waktu itu agak suntuk, sepatutnya dia awal kalau dia ingin berdebat dengan saya, bukan di penghujung.

    "Kerana kita telah memberi strategi akhir kepada calon-calon yang sedang mempersiapkan untuk menghadapi pilihan raya. Kita tak ada masa yang lama, esok dah Jumaat, lusa dua (Hari) cuti yang penting bagi kita.

    "Kita masih lagi perlu untuk bersama dengan pengundi kita," katanya dalam sidang media di Port Dickson hari ini.

    Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Jalaluddin bersedia berdebat dengan Aminuddin sekiranya menerima pelawaan, namun menegaskan dia tidak pernah mencabar mana-mana pihak untuk berdebat secara terbuka.

    Jalaluddin yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang berkata, setakat ini dia belum menerima sebarang tawaran debat.

    MENARIK:  Melaka benar solat sunat Aidilfitri di surau, padang terbuka jika dilulus

    Menurutnya, BN juga tidak mengambil pendekatan mencabar calon daripada parti lain untuk berdebat secara terbuka.

    “Barisan Nasional tak ada cabar-mencabar untuk berdebat secara terbuka ataupun untuk kita berada di satu platform yang kita katakan menjadi amalan sebelum ini dengan beberapa parti yang lain.

    "Kalau ada, saya okey sahaja. Tak pernah orang jual, saya tak beli. Kalau ada orang cabar saya, kalau ada orang jual, saya beli. Sebarang isu,” katanya.

    Isu debat turut menjadi perhatian dalam PRN Johor apabila calon PH Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mencabar Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi untuk berdebat.

    Bagaimanapun, Onn Hafiz menolak cabaran itu walaupun RTM bersedia menyediakan platform untuk kedua-dua tokoh tersebut bersemuka.

    Debat itu akhirnya diteruskan dalam bentuk dialog yang hanya membabitkan Maszlee.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah