27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, Jakim panggil pihak berkaitan esok

    Shopee Sale

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

    Merujuk kepada logo kasut yang tular di media sosial itu, beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam.

    "Semua pihak dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada JAKIM dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Na'im berkata mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    MENARIK:  Hassan Karim menang Anugerah Lim Lian Geok 

    Terdahulu, tular foto yang memaparkan logo kasut keluaran syarikat tempatan yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah dan ia mengundang pelbagai reaksi warga maya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah