33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lima lelaki ditahan dipercayai suspek pukul polis hingga mati

    Shopee Sale

    Polis menahan lima lelaki dipercayai suspek kes pukul seorang anggota polis sehingga maut di sekitar Taman Impian Indah, Balakong kira-kira 10 malam tadi.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua lelaki tempatan yang berumur antara 19 hingga 23 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai terlibat dalam kes terbabit.

    Beliau berkata mahkamah turut membenarkan reman selama tujuh hari hingga 30 Mac ini bagi kesemua suspek untuk siasatan lanjut.

    “Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung,” katanya menerusi satu kenyataan.

    Hussein berkata bezah siasat yang dijalankan terhadap mangsa mendapati punca kematian ialah blunt force trauma to the head.

    Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya ke mana-mana balai berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Afiq Farhan Mohd Nor melalui talian 012-2446768.

    MENARIK:  PANDUANKINI | Kontroversi kontrak heli k'jaan RM16b: Siapa Leonardo SPA?

    Terdahulu, Hussein mengesahkan individu yang ditemukan maut kira-kira 3 pagi semalam dipercayai akibat dipukul di Taman Impian Indah, Kajang dekat sini merupakan seorang anggota polis yang berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah