31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Portal ditutup sementara, tiada kebocoran data kritikal – KKM

    Shopee Sale

    Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan capaian ke Portal Rasmi kementerian itu dihentikan sementara waktu bagi membolehkan pengukuhan kawalan keselamatan siber dilaksanakan.

    KKM memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan serta tindakan pemulihan bersama agensi berkaitan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

    "Setakat ini, tiada petunjuk bahawa insiden berkenaan menjejaskan sistem kritikal atau mengakibatkan kebocoran data kritikal KKM.

    "Sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan KKM terus beroperasi seperti biasa dan dilindungi melalui infrastruktur berasingan dengan kawalan keselamatan siber yang ketat," menurut kenyataan KKM hari ini.

    MENARIK:  Pakar: Gempa kuat di Sabah ibarat rumah sunyi tiba-tiba berdentum

    KKM dalam pada itu memaklumkan portal berkenaan hanya digunakan bagi penyampaian maklumat korporat dan maklumat awam, serta tidak menyimpan rekod perubatan pesakit atau data kesihatan individu.

    "KKM kekal komited memastikan keselamatan aset digital kementerian serta kelangsungan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat," menurut kenyataan itu.

    Sabtu lepas, media melaporkan portal rasmi KKM mengalami gangguan akses dipercayai berpunca daripada insiden keselamatan siber.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah