25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Letupan misteri di Ipoh: Polis akan mesyuarat dengan 20 agensi

    Shopee Sale

    Polis akan mengadakan satu mesyuarat khas bersama 20 agensi terdiri daripada sektor awam dan swasta bagi membincangkan punca letupan dan gegaran yang berlaku di beberapa kawasan sekitar bandar raya Ipoh, Perak Isnin lepas.

    Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata setiap agensi berkenaan perlu mengemukakan laporan masing-masing berhubung kejadian terbabit pada mesyuarat yang dijadual diadakan Selasa ini.

    “Buat masa ini kejadian ini masih lagi misteri dan saya telah arahkan timbalan ketua polis (Perak) untuk panggil semua agensi ini bagi tujuan perbincangan.

    “Kita mahu pengesahan tentang perkara ini dan sebagai pihak yang mengawal ketenteraman dan keselamatan, maka saya ambil tanggungjawab ini untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

    Beliau berkata orang ramai tidak perlu khuatir kerana pada masa ini keselamatan mereka terjamin.

    MENARIK:  Ayatollah Khameni: Israel tempa takdir pahit, menyakitkan

    Isnin lepas, satu gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini antaranya di Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim, Manjoi, Chemor dan Sungai Siput, kira-kira 11.06 pagi.

    Gegaran dalam tempoh beberapa saat itu turut disusuli dengan bunyi dentuman kuat hingga mengakibatkan orang ramai terkejut dan cemas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah