27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Lepas 10 tahun, kenapa baru sekarang cakap mimpi jumpa Nabi'

    Shopee Sale

    Seorang pemimpin Umno mempersoalkan usaha yang telah dilakukan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk melaksanakan mimpi bertemu Rasulullah.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, turut mempersoalkan motif Abdul Hadi membangkitkan mimpi yang telah berlaku selepas 10 tahun.

    Fadhli Shaari

    "Betullah kata Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari, kenapa kalut Haji Hadi bermimpi jumpa Rasulullah?

    “Soalnya kenapa selepas 10 tahun baru mahu cerita mimpi jumpa Rasulullah suruh damaikan Sunni dan Syiah?

    "Apa motif? Apakah Hadi mahu ahli PAS dan orang ramai lebih taksub kepada dirinya? Sekadar bertanya, bukan kalut.

    "Dan apa usaha Haji Hadi melaksana mimpi yang baik itu? Bukan mudah damaikan Sunni dan Syiah sedunia. Sudah mula ke belum? 10 tahun telah berlalu," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

    Semalam, PAS tegas mempertahankan presidennya yang membawa kisah dia bertemu Nabi Muhammad SAW di dalam mimpi dan menegaskan bahawa tiada siapa yang memaksa ia mesti dipercayai.

    MENARIK:  Menteri: Gunakan sukan untuk rapatkan jurang sosial

    Parti itu juga mengingatkan, apa yang diceritakan ahli Parlimen Marang terbabit lebih bersifat perkongsian dalaman keluarga, iaitu antara seorang bapa untuk untuk anak-anaknya.

    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata terserah kepada orang ramai sama ada mahu mempercayai mimpi tersebut atau sebaliknya.

    "Tiada siapa yang memaksa.

    "Adapun kami sebagai 'anak-anak beliau' di dalam PAS, kami memilih untuk percaya. (Justeru) apa yang anda nak kalut?" katanya.

    Sementara itu, Mohd Puad berkata mimpi itu juga mengingatkan Abdul Hadi supaya menyatukan PAS dengan Umno dan tidak sesekali bermain politik lagi.

    "Mungkin mimpi itu peringatan kepada Hj Hadi damaikan dulu Umno dan PAS. Jangan main politik. Sertai kerajaan perpaduan. Wallah’ualam," tulis Mohd Puad lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah