31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Israel miliki 6 pistol, 200 peluru akan didakwa esok – IGP

    Shopee Sale

    Lelaki Israel yang ditangkap memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di Kuala Lumpur bulan lepas akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok, kata Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Razarudin Husain.

    "Ya, dia akan didakwa esok pagi,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

    Warga Israel berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada 27 Mac lepas. Dia dipercayai memasuki negara ini dari Emiriah Arab Bersatu pada 12 Mac, menggunakan pasport Perancis.

    Hasil siasatan awal, suspek yang turut memegang pasport Israel itu mendakwa dia datang ke Malaysia bagi memburu dan membunuh seorang lagi rakyat Israel susulan perbalahan keluarga. 

    MENARIK:  Mahathir dakwa semua orang ketakutan sekarang

    Pada 8 April lepas, sepasang suami isteri rakyat tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepada warga Israel berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas dakwaan kesalahan berkaitan senjata api.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah