26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembantu perubatan didakwa curi lori jana kuasa

    Shopee Sale

    Seorang pembantu perubatan di sebuah klinik kesihatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan mencuri sebuah lori jana kuasa bergerak di sebuah syarikat pembekal peralatan industri tahun lalu.

    Asrul Azwan Yunus, 46, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan majistret Rais Imran Hamid.

    Mengikut pertuduhan, Asrul Azwan didakwa mencuri sebuah lori jana kuasa bergerak jenis Nissan UD di sebuah stor simpanan syarikat berkenaan antara jam 11 malam hingga 4 pagi, 19 Julai 2024.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahunse hingga tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Kes dedah aset: Pendakwaan bantah permohonan rujukan isteri Daim

    Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Ahmad Naabil Mohamed Asri manakala tertuduh diwakili peguam Nik Saiful Adli Burhan.

    Terdahulu, Ahmad Naabil mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun Nik Saiful Adli memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM5,000 kerana tertuduh perlu menanggung seorang isteri dan dua anak masih bersekolah.

    Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Julai ini untuk sebutan semula kes.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah