26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki didakwa serang kuil, rosakkan tempat sembahyang

    Shopee Sale

    Seorang lelaki didakwa memasuki sebuah kuil di Ampang, Selangor dan merosakkan rumah ibadat penganut Hindu itu.

    Dia didakwa membawa parang, tukul dan keris dan memecahkan tempat sembahyang di tempat itu.

    Dalam laporan polis seorang pemandu lori, S Mohana berkata mengesan perbuatan khianat itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ke kuil berkenaan untuk menghalang tindakan lelaki itu.

    Sebaik tiba di kuil Dewi Sri Maha Kaliaman di Kampung Tasek Ampang Selangor itu, dia yang cuba menghalang perbuatan itu, namun diugut oleh lelaki terbabit untuk memotong kepalanya dengan parang.

    MENARIK:  Takrif 'perhimpunan' dinilai secara kontekstual - Saifuddin

    Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang hari ini.

    Melalui laporan polis yang dikongsikan Timbalan Pengerusi Interim Urimai, David Marshel, selepas diugut lelaki berkenaan bertindak menelefon pihak polis.

    "Saya terus menghubungi pihak polis (Gerakan Ampang) dan pihak polis telah datang dan membawa suspek ke balai (polis).

    "Untuk maklumkan saya mendengar  beliau terima panggilan daripada satu lelaki bangsa tidak pasti yang menyatakan beliau sudah membuat kerja yang diminta," kata S Mohana dalam laporan polis berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah