26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 100 kes penebangan haram hutan direkodkan di Kelantan

    Shopee Sale

    DUN KELANTAN | Sebanyak 137 kes penebangan hutan secara haram dikenal pasti di Kelantan sepanjang tempoh dari 2020 hingga 2023, kata Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud.

    Katanya daripada jumlah itu, 98 sudah selesai didakwa di mahkamah manakala 39 kes lagi masih dalam proses siasatan lanjut atau penyelesaian.

    Menurut Adun Meranti itu, trend kesalahan melibatkan kes itu juga dilihat semakin menurun setelah penguatkuasaan dipertingkatkan secara berterusan setiap tahun.

    Katanya daripada 47 kes pada 2020, ia berkurangan menjadi 35 kes pada tahun berikutnya, dan menyusut kepada 33 kes pada 2022 dan 22 kes pada 2023.

    "Sepanjang tempoh sama, kompaun sebanyak RM1.38 juta dikutip dan denda berjumlah RM101,000 dikenakan," katanya.

    Mohd Nassuruddin berkata demikian sebagai menjawab soalan Nik Bahrum Nik Abdullah (PAS-Chempaka) yang bertanya mengenai jumlah kes pencerobohan tanah yang dikesan Jabatan Perhutanan Kelantan dari 2020 hingga 2023.

    Sementara itu, menjawab soalan Shaari Mat Hussain (PAS-Paloh) mengenai jumlah hak milik tanah yang dikeluarkan kepada pemohon di jajahan Gua Musang dari 2023 sehingga kini, Mohd Nassuruddin berkata 1,905 hak milik tanah dikeluarkan oleh pejabat tanah dan jajahan terbabit.

    MENARIK:  Pengurus putih mata, lebih RM1.6 juta lesap pelaburan kripto palsu

    "Antara langkah yang diambil bagi menyelesaikan masalah tunggakan pemberian milik tanah ialah membuat penyelesaian dan memproses geran secara berkelompok dari 2019 hingga 2024 melibatkan 5,328 hak milik tanah didaftarkan dan dikeluarkan hak milik.

    "Selain itu, kerajaan negeri turut melaksanakan pemutihan semula fail permohonan yang lama bagi mengesan status dan alamat terkini pemohon pentadbiran dengan membuat semakan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, sehingga kini 878 fail permohonan telah dibuat proses pemutihan semula," katanya.

    Mohd Nassuruddin berkata kerajaan Kelantan turut mengemas kini dan membuat semakan semula pengeluaran Notis 5A (Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar) kepada permohonan yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah