32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Laporan penuh tragedi heli TLDM didedahkan minggu depan – Khaled

    Shopee Sale

    Laporan penuh nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Tanpa menjelaskan butiran lanjut, Mohamed Khaled berkata laporan penuh siasatan nahas di Lumut, Perak itu sedang dilengkapkan.

    “Tidak lama lagi akan kita keluarkan. Mungkin akhir minggu depan.

    “Ia sedang dimuktamadkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia dan Sijil PERHEBAT di Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, di Selangor hari ini.

    Media sebelum ini melaporkan Jemaah Menteri telah berbincang secara mendalam mengenai insiden nahas helikopter di Pangkalan TLDM, Perak dan memberi komitmen untuk memberi laporan interim dalam tempoh dua minggu, manakala laporan penuh dalam tempoh sebulan.

    MENARIK:  Titah adendum: Najib kecewa perbicaraan terus tertangguh - Shafee

    Dalam tragedi pada 9.32 pagi itu, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah