28.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KWSP umum dividen 6.15 peratus untuk simpanan syariah, konvensional

    Shopee Sale

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2025 sebanyak 6.15 peratus untuk akaun simpanan konvensional dan syariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion.

    Bagi tahun berakhir 31 Dis 2025, kata KWSP, mereka mencatatkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM82.7 bilion, meningkat 9.5 peratus berbanding RM75.5 bilion pada 2024.

    Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata aset pelaburan pula meningkat kepada RM1.41 trilion, naik 12.8 peratus daripada RM1.25 trilion sebelumnya, didorong oleh pendapatan portfolio dan jumlah caruman bersih sebanyak RM66.5 bilion.

    “Ekuiti kekal sebagai penyumbang utama pada 2025 dengan menjana RM50.7 bilion atau 64 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan.

    “Jumlah ini mengatasi RM49.9 bilion yang dicatatkan pada 2024, manakala pulangan pelaburan (ROI) sederhana kepada 7.9 peratus berikutan ketidaktentuan pasaran global dan keadaan pasaran domestik yang lebih perlahan.

    MENARIK:  BN sedia kerjasama dengan mana-mana parti di Sabah, keutamaan dengan PH

    “Pelaburan Ekuiti Persendirian yang merangkumi kira-kira 8 peratus daripada pelaburan ekuiti mencatatkan ROI sebanyak 10.5 peratus,” katanya semasa mengumumkan kadar dividen KWSP 2025 hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah