27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ku Li: Ambo yakin kemampuan Awi

    Shopee Sale

    Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah yakin dengan keupayaan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menjadi wakil rakyat kawasan itu jika terpilih.

    Katanya, dia secara peribadi yakin dengan kemampuan Mohd Azmawi ataupun Awie untuk diangkat sebagai Adun 17 Ogos nanti.

    "Alhamdulillah, proses penamaan calon pagi tadi berjalan lancar dan kami dari BN sepakat memilih saudara Azmawi Fikri atau Awi sebagai calon untuk PRK DUN N43 Nenggiri

    "Ambo secara peribadi yakin dan percaya kepada kemampuan saudara Awi untuk menerajui DUN Nenggiri kito kali nih.

    "Marilah pakat bui (bagi) sokongae (sokongan) padu ko calon 02 Awi kito 17 haribulae (haribulan) nihhh," tulis Tengku Razaleigh di Facebooknya.

    PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan dua penjuru antara wakil BN Mohd Azmawi dengan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail.

    Mohd Azmawi yang juga ketua pemuda Umno Kelantan menggalas cabaran bagi merampas kembali kerusi tersebut.

    MENARIK:  Tak perlu mohon maaf, Zahid arah pemimpin Umno henti ‘usik’ PH

    PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian BERSATU pada 13 Jun lalu.

    Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah