31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM sahkan siasatan terhadap kartel baru Pakistan

    Shopee Sale

    SPRM hari ini mengesahkan mereka turut menyiasat kartel pemerdagangan migran yang baru-baru ini yang didedahkan oleh wartawan Malaysiakini B Nantha Kumar, yang minggu lalu ditahan atas dakwaan rasuah.

    “Ya, kami (sedang) siasat.

    "Saya dah cakap banyak kali kepada media, kita (SPRM) juga telah pun, bukan kata sedang, telah pun menyiasat beberapa isu berhubung kartel kemasukan pekerja-pekerja asing ke negara ini,” kata ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada sidang media di Putrajaya petang ini.

    Azam diminta mengemaskini siasatannya terhadap wartawan itu, yang ditahan pada Jumaat kerana didakwa menerima rasuah daripada ejen yang berurusan dengan pekerja asing.

    MENARIK:  'Tugas pimpin negara lebih besar, saya tak boleh tahu semua hal 1MDB'

    Ini termasuk jika SPRM turut menyiasat ejen berkenaan berhubung dakwaan mereka terlibat dalam aktiviti kartel.

    Wartawan itu ditahan pada Jumaat lalu kerana didakwa menerima rasuah RM20,000 daripada ejen yang berurusan dengan pekerja asing.

    Rasuah itu didakwa sebagai pertukaran untuk tidak menerbitkan dua artikel yang akan mendedahkan kartel itu.

    Nantha - yang berkhidmat dengan Malaysiakini sejak 2018 - telah menulis secara meluas mengenai sindiket imigresen, termasuk yang melibatkan Jabatan Imigresen.

    Baru-baru ini, dia mededahkan berita tentang kegiatan seorang warga Pakistan yang didakwa didalangi oleh bekas pegawai Jabatan Imigresen, yang kini bergelar "Datuk".

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah