27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KTMB pantau rapi stesen Segamat, operasi berjalan seperti biasa

    Shopee Sale

    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Selatan sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana, termasuk insiden gempa bumi dan gegaran susulan yang melanda Segamat, Johor baru-baru ini.

    Pengurus Kanan Wilayah Selatan KTMB Salim Misdi berkata pihaknya mempunyai pegawai khusus berkaitan bencana yang berperananan memantau keadaan serta menilai risiko di setiap lokasi operasi.

    “Di sekitar Segamat, KTMB mempunyai sebuah stesen dan sebuah feeder station yang dipantau secara rapi. Sekiranya berlaku insiden di luar jangka, kita akan memaklumkan lebih awal kepada penumpang mengenai sebarang penutupan stesen, pembatalan atau penangguhan perjalanan,” katanya kepada Bernama di Stesen Keretapi Kluang hari ini.

    MENARIK:  Azalina: Pentadbir sekolah sembunyi kes gangguan seksual akan 'diburu'

    Dia berkata pegawai terlatih itu mampu mengambil tindakan segera yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan penumpang dan operasi syarikat tidak terjejas.

    Salim menambah, setakat ini operasi KTMB tidak terjejas dan stesen di Segamat masih berada dalam keadaan selamat namun pihaknya akan terus merujuk agensi berkuasa berkaitan perkembangan gempa bumi berkenaan.

    Terdahulu, perkhidmatan Tren Elektrik Selatan (ETS3) KTMB, dengan tren pertama bertolak dari Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) pada 7.45 pagi tiba di Kluang pada 11.15 pagi membawa 280 penumpang, sebelum dijadual kembali semula ke KL Sentral pada 5 petang dengan tempoh perjalanan sekitar tiga jam 30 minit.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah