Pelakon, Edika Yusof, menyatakan bahawa secara peribadinya dia menentang amalan berpoligami dalam perkahwinannya.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Rasa Dia Adalah Jodoh Kita, Jangan Putus Asa’ – Edika Yusof
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ’22 Tahun Di Sisi Awak & Saya Masih Jatuh Cinta Setiap Hari’ – Edika Yusof
Tak dapat beri perhatian 100%
Menerusi potongan klip podcast Too Pretty To Handle di TikTok, Edika atau nama lengkapnya Mohd Yusof Abd Majid, 59, melihat sendiri pengalaman ibunya melalui kehidupan berpoligami.
Saya memang tolak poligami.
Saya tolak sebab pekara itu dah jadi pada ibu saya.
Ujarnya, pengalaman tersebut memperlihatkan bagaimana seorang isteri berdepan pelbagai penderitaan walaupun suami cuba bertanggungjawab dalam hubungan rumah tangga tersebut.
Namun, hakikatnya ia tetap sukar untuk memberikan keadilan sepenuhnya kepada semua pihak.
Kita nampak bagaimana dia sengasara kan?
Tidak kisah orang itu bertanggungjawab atau tak bertanggungjawab, tapi awak tetap tak boleh bagi perhatian 100%.
Ada cabaran

Sementara itu, isterinya, Nor Hidayah Yusri, berpandangan bahawa menjaga sesebuah hubungan perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dalam keadaan dirinya yang berdepan masalah kesihatan.
Sedangkan wanita yang normal dan sihat walafiat pun, bukan senang nak maintain rumah tangga.
Lagi kan saya yang tiga suku badan.
Dalam masa sama, Hidayah turut mengakui bahawa menjaga seorang suami seperti Edika Yusof bukanlah satu perkara yang mudah, malah banyak dugaan yang datang tanpa diduga dari pelbagai sudut.
Bersuamikan Edika Yusof, ingat senang nak jaga dia?
Dulu semuanya nampak mudah dan tenang sahaja.
Tiba-tiba, ujian datang dari semua arah.
Apa pun, kita hadap dan uruskan sebaik mungkin.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Saya Tolak Poligami, Sebab Dah Jadi Pada Ibu Saya’ – Edika Yusof first appeared on OHBULAN!.





