27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Komik 'patung dewa': Tunjuk rasa hormat pada semua – Saraswathy

    Shopee Sale

    Sikap saling memahami, hormat-menghormati kepercayaan serta amalan orang lain merupakan kunci kepada perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh dipelihara.

    Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasmi, berkata dengan pendekatan itu seseorang boleh menunjukkan rasa hormat terhadap kepercayaan orang lain serta menghargai pentingnya budaya, sejarah dan aspek rohani dalam amalan berkenaan.

    "Malaysia adalah sebuah negara yang unik, terbentuk atas semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai latar belakang, berbilang kaum dan agama untuk hidup bersama secara harmoni.

    "Sejarah negara membuktikan bahawa keamanan dan kemajuan yang dikecapi pada hari ini adalah hasil daripada semangat perpaduan, dengan pelbagai kaum dan agama bersatu padu demi mencapai keamanan dan kemajuan bersama.

    "Dalam hal ini, Rukun Negara perlu dijadikan panduan utama dalam membentuk kehidupan yang harmoni di Malaysia," katanya hari ini.

    Saraswathy berkata demikian sebagai mengulas isu komik dimuatkan dalam media sosial dan dianggap menyentuh sensitiviti penganut Hindu.

    Semalam Malaysiakini melaporkan rasa tidak senang dua pertubuhan agama terhadap siaran komik tersebut kerana dianggap boleh melebarkan jurang perbezaan di negara ini.

    Menurut Hindu Sangam Malaysia mereka juga sudah merujuk isu tersebut kepada Kementerian Perpaduan Negara dan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meneliti perkara berkenaan.

    MENARIK:  Pertuduhan rogol diubah, MP kecam KDN

    Malaysia Hindudharma Maamandram pula menyifatkan komik berkenaan bersifat provokasi, menyinggung perasaan penganut Hindu, dan menjejaskan keharmonian negara.

    Kata Saraswathy semua prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara mengajar rakyat negara ini untuk menghormati perbezaan dan hidup bersama dalam suasana yang aman.

    Katanya sebagai negara yang berbilang kaum dan agama, amat penting untuk setiap individu menghormati kepercayaan dan amalan agama yang berbeza.

    "Saya mohon agar semua pihak menghentikan serta-merta polemik berhubung isu-isu yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat.

    "Jangan sesekali menyentuh sensitiviti agama, kerana ia boleh membawa kepada ketegangan dan perpecahan yang tidak diingini," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah