27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kesihatan PM pada tahap optimum – Jabatan Kesihatan Selangor

    Shopee Sale

    Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum, demikian menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

    Menerusi satu kenyataan malam ini, jabatan itu memaklumkan Perdana Menteri hari ini menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

    “Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa tahap kesihatan Perdana Menteri dalam keadaan baik dan berada pada tahap yang optimum,” menurut jabatan itu.

    Kenyataan itu memaklumkan Perdana Menteri kekal bersemangat dan bertekad untuk terus memikul tanggungjawab bagi mengangkat darjat dan martabat negara ke peringkat tertinggi.

    MENARIK:  Lemah literasi kewangan antara punca guru bankrap

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah