31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kesan dasar ekonomi Madani antara tumpuan di parlimen

    Shopee Sale

    Keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi Madani serta jumlah terkini hasil rampasan dan kutipan penalti oleh agensi penguat kuasa antara perkara dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi parlimen, Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) meminta perdana menteri menjelaskan bagaimana kerajaan mengukur keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi Madani dalam tempoh 18 hingga 24 bulan.

    Dia juga ingin tahu mengenai usaha pengukuhan yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan dasar itu mencapai objektif sepenuhnya.

    Pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri itu juga Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) bertanya perdana menteri berhubung jumlah terkini rampasan dan kutipan penalti yang diperoleh semua agensi penguatkuasaan kerajaan serta langkah yang diambil untuk memperkukuh usaha membanteras ketirisan hasil negara.

    MENARIK:  Pertingkat kawalan balai polis lepas waktu pejabat - PH 

    Turut menarik perhatian, soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) kepada menteri dalam negeri mengenai jumlah tangkapan dan pendakwaan terhadap kes penyalahgunaan kad pengenalan, termasuk kecurian identiti dan penjualan dokumen itu pada sesi soal jawab lisan.

    Dia turut meminta penjelasan mengenai strategi bagi memastikan data pemilik kad pengenalan dilindungi daripada kecurian identiti dan penjualan dokumen itu, serta mekanisme penguatkuasaan dan pencegahan yang berkesan.

    Selepas sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.

    Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung sehingga 4 Dis ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah