30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes Zara Qairina: Polis tahan lelaki sebar video unsur fitnah

    Shopee Sale

    Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang disyaki terlibat dalam penyebaran video berunsur fitnah di Facebook berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir.

    Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 13 Sept lepas mengenai penularan video tersebut.

    “Video itu didakwa bukan sahaja mengandungi unsur fitnah malah turut mendedahkan identiti kanak-kanak serta menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

    “Susulan laporan itu, polis menahan lelaki tersebut pada 5.40 petang 16 Sept lepas di sini bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

    MENARIK:  ULASAN l Wayang politik zaman edan

    Beliau berkata turut dirampas daripada suspek dua telefon bimbit.

    Jauteh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 203A dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan.

    "PDRM memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menyebarkan kenyataan berunsur fitnah, mengaibkan atau provokatif," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah