32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes Zakwan Mokhtar bunuh ‘Amoi’ dipindah ke mahkamah tinggi

    Shopee Sale

    Mahkamah Majistret di Kuching hari ini memerintahkan perbicaraan kes pemandu e-hailing yang didakwa membunuh Nurul Asikin Lan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuching.

    Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei untuk memindahkan kes Zakwan Mokhtar, 23, yang didakwa mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan.

    Timbalan Pendakwa Raya itu memaklumkan pihaknya sudah menerima laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bezah siasat ke atas mayat Nurul Asikin, 28, termasuk pengekstrakan kandungan mesej di aplikasi WhatsApp.

    Mengikut pertuduhan, Zakwan didakwa membunuh Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai ‘Amoi’, dengan mayatnya ditemukan dalam keadaan reput di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan di Kuching pada 9.10 malam, 14 Dis tahun lepas.

    MENARIK:  Peguam pertikai alasan 'silap muat naik dokumen' isu pemain warisan

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan boleh disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

    Sebelum ini, media melaporkan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata suspek mengaku melakukan pembunuhan itu kerana terdesak memerlukan wang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah