32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes tikam pelajar: Pisau, kerambit dibeli dalam talian – polis

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan senjata tajam yang dirampas daripada suspek kes bunuh pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada semalam, dibeli secara dalam talian.

    Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata senjata berkenaan, iaitu pisau dan kerambit dipercayai sudah lama dibeli oleh suspek lelaki berusia 14 tahun itu namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti bila pembelian dilakukan.

    Beliau berkata berdasarkan laporan awal bezah siasat, punca kematian mangsa disebabkan jumlah tikaman yang berulang kali pada bahagian dada dan leher.

    “Punca kematian adalah disebabkan oleh multiple stab pada bahagian dada dan leher, dan berdasarkan siasatan hanya senjata (pisau) digunakan,” katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

    Shazeli berkata kes berkenaan tidak melibatkan unsur buli selain suspek juga tidak mempunyai rekod disiplin di sekolah.

    MENARIK:  Kumpulan siswa kecam k'jaan Sabah halang kemasukan Fahmi Reza

    Beliau berkata pihaknya percaya pengaruh media sosial dan dorongan emosi dikenal pasti sebagai antara faktor suspek berkelakuan sedemikian.

    “Kita juga masih menyiasat platform dan medium media sosial yang dibuka atau dilihat oleh suspek,” katanya.

    Dalam pada itu, Shazeli berkata sebanyak 57 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan termasuk guru dan pelajar sekolah, ahli keluarga mangsa dan suspek serta wakil kaunseling sekolah.

    Beliau berkata suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Dalam insiden kira-kira 9.30 pagi itu, menyaksikan seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam oleh suspek dan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, iaitu di dalam kawasan sekolah mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah