31.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Pelakon Wanita Ada ‘Expiry Date’? Fouziah Gous Respons – ‘Kalau Masih Relevan, Jangan Kata Dah Tak Laku’

    Shopee Sale

    Dalam industri hiburan yang sentiasa bergerak pantas, persoalan mengenai jangka hayat kerjaya seseorang artis terutama pelakon wanita bukanlah perkara baharu.

    Ada yang beranggapan peluang semakin mengecil apabila usia meningkat atau selepas terlalu lama berada dalam industri.

    Namun bagi pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous, relevansi seseorang artis tidak seharusnya diukur berdasarkan tempoh mereka berada dalam dunia seni semata-mata.

    Artikel Berkaitan: Masuk Usia 40 Tahun, Terus Jadi Watak Ibu? Mengapa Pilihan Watak Pelakon Wanita Semakin Mengecil

    Artikel Berkaitan: Pernah Diminta Cipta Kontroversi Demi Kekal Relevan, Adriana Adnan Kecewa Dengan Industri – ‘Mereka Kata Nama Saya Terlalu Clean’

    Tak Wajar Pertikai Usaha Artis

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA hari ini, Fouziah berpandangan perjalanan setiap individu berbeza dan faktor rezeki turut memainkan peranan dalam menentukan sejauh mana seseorang mampu bertahan.

    Actually depending. Ada orang mungkin rezeki dia sampai situ saja, kita tak boleh nak cakap. Tapi ada orang juga dia usaha lebih daripada orang lain.

    Jadi kita tak boleh mempertikaikan usaha sesetengah orang. Walaupun dah lama dalam industri tetapi dia tetap relevan.

    Menurut Fouziah, seseorang artis tidak mungkin kekal mendapat perhatian tanpa usaha berterusan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.

    Takkanlah tanpa usaha dia boleh relevan automatically. Mesti rajin buat content, rajin naikkan diri dan rajin adaptasikan diri dengan keadaan semasa.

    Ini pembahagian masing-masing. Ada sesetengah orang dalam industri rasa dah cukup, jadi dia tarik handbrake sendiri.

    Dalam industri ini, semuanya mengenai diri kita dan apa yang kita nak. Sama juga dalam bisnes, perlu ada target.

    " data-video-id="7646776962375060757" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @fouziahgous

    #cintuitu 💔

    ♬ Kecewa – Achi

    ‘Expiry Date’ Bukan Eksklusif Kepada Dunia Seni

    Dalam masa sama, Fouziah melihat konsep ‘expiry date’ bukan hanya terpakai terhadap golongan pelakon atau selebriti.

    Sebaliknya, seseorang perlu mempunyai perancangan dan hala tuju yang jelas supaya dapat bersedia lebih awal menghadapi perubahan dalam kerjaya mahupun kehidupan.

    Penyusunan hidup perlu lebih pantas sebelum apa-apa jadi. Kalau dah tahu direction sendiri, Insya-Allah.

    Istilah expiry ini bukan saja dalam industri, tapi dalam mana-mana bidang pun ada.

    Pelakon Senior Dah Tak Ada ‘Value’?

    Mengulas pula persepsi bahawa pelakon yang sudah lama berada dalam industri semakin kehilangan nilai komersial, Fouziah secara terbuka mengakui kurang bersetuju dengan tanggapan tersebut.

    Malah, dia menjadikan industri perfileman Bollywood sebagai contoh bagaimana pelakon berpengalaman masih memiliki nilai tinggi dan menerima bayaran lumayan.

    Saya kurang setuju. Itu adalah mentaliti yang diberikan. Kalau kita lihat di Bollywood, pelakon lama value dia masih tinggi, malah lebih mahal dibayar.

    Fouziah bagaimanapun tidak menolak kemungkinan terdapat produksi yang mempunyai pertimbangan tersendiri dalam pemilihan barisan pelakon.

    Mungkin sesetengah orang tak nak ambil pelakon lama sebab tak nak naikkan harga mereka atau mahu menurunkan harga. Saya tak pasti.

    Kita bercakap tentang pelakon yang berbakat dan hebat. Bagi saya, saya tak setuju apabila dah lama terus dikatakan tak laku.

    Mungkin mereka cuma tidak sesuai untuk sesuatu projek. Yang masih relevan itu jangan cakap mereka tak laku. Semuanya berbalik kepada rezeki.

    Pandangan Fouziah sekali gus membuka persoalan lebih besar mengenai bagaimana industri menilai seseorang pelakon adakah berdasarkan usia dan tempoh kerjaya, atau kemampuan mereka untuk terus berkarya, menyesuaikan diri dan memberikan nilai kepada sesebuah produksi?

    Kerana dalam industri yang semakin kompetitif, mungkin isu sebenar bukan tentang siapa yang sudah sampai ‘tarikh luput’, tetapi siapa yang terus berusaha memastikan dirinya tidak ketinggalan.

    The post POV XTRA: Pelakon Wanita Ada ‘Expiry Date’? Fouziah Gous Respons – ‘Kalau Masih Relevan, Jangan Kata Dah Tak Laku’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah