27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes rasuah e-waste: SPRM tahan 16 individu termasuk pemilik syarikat

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang, kerana disyaki terlibat merasuah penguat kuasa berhubung kes pemprosesan dan pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram.

    Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata satu operasi bersepadu telah dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) melibatkan serbuan ke atas 12 kilang di sekitar Selangor dan Johor, hari ini.

    Beliau berkata kilang-kilang tersebut disyaki terlibat dalam pemprosesan dan pelupusan e-waste yang tidak dibenarkan, termasuk gentian kaca, plastik, besi dan logam.

    “Sebanyak 16 suspek berusia antara 30 hingga 40-an telah ditahan sekitar Selangor dan Segamat, Johor antara 9.30 pagi hingga 12 tengah hari tadi menerusi Operasi X.

    “Ada dalam kalangan suspek disyaki merupakan pemilik syarikat yang menggunakan pegawai dagang yang melanggar syarat permohonan sebagai pegawai dagang dan membayar wang rasuah kepada penguat kuasa untuk melindungi perniagaan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Serbuan yang dilakukan hari ini, berpandukan maklumat hasil risikan selama kira-kira tiga bulan. Kesemua suspek telah dibawa ke SPRM Melaka petang tadi dan ditahan selepas dirakam keterangan.

    MENARIK:  PRN Sabah: BN umum calon seminggu sebelum hari penamaan

    Ahmad Khusairi berkata penahanan itu mencerminkan komitmen teguh SPRM, Imigresen dan JAS dalam memastikan usaha memerangi rasuah, khususnya yang melibatkan sektor penguatkuasaan demi memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara.

    Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.

    Sementara itu, tinjauan Bernama di sebuah kilang yang diserbu SPRM dan Imigresen hari ini di Jalan Buloh Kasap di Segamat, Johor mendapati pihak majikan turut menyediakan asrama kepada pekerja warga asing itu. Namun asrama yang mempunyai sekurang-kurang empat blok itu dalam keadaan kotor, tidak selesa serta dihuni melebihi kapasiti yang sepatutnya.

    Setiap bilik dilengkapi dengan katil dua tingkat buatan sendiri, alatan memasak yang berselerak, serta sambungan wayar elektrik yang terdedah sekali gus merisikokan nyawa penghuni.

    Khamis lepas, Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram di seluruh negara, melibatkan nilai rampasan berjumlah RM3.8 bilion bagi tempoh 1 Jan 2024 hingga 17 Feb 2025.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah