27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes penagihan, penyalahgunaan dadah catat penurunan 7.9 peratus

    Shopee Sale

    Kes penagihan dan penyalahgunaan dadah atau bahan di seluruh negara merekodkan penurunan sebanyak 7.9 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas.

    Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh, berkata sebanyak 156,316 kes direkodkan bagi tempoh berkenaan tahun ini, berbanding 169,691 kes bagi tempoh sama pada 2024.

    “Daripada jumlah itu, 83.2 peratus atau 76,467 individu terlibat dengan dadah jenis sintetik, khususnya syabu, dengan majoriti berusia antara 15 hingga 39 tahun.

    “Penagihan dadah sintetik turut melibatkan ‘mushroom’ atau ganja sintetik, pil kuda (yaba), ekstasi dan ketamin, yang lebih mudah diperoleh dan memberikan kesan lebih cepat berbanding dadah tradisional seperti heroin dan ganja,” katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra Ketua Pengarah AADK Bersama Media di Putrajaya, malam tadi.

    MENARIK:  Tuntut tanah adat: Pemimpin Orang Asli tunjuk tinggalan sejarah di mahkamah

    Dalam perkembangan lain, Ruslin berkata fokus utama AADK tahun ini adalah melaksanakan amanah bagi menjayakan Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang diluluskan di Parlimen pada Oktober 2024.

    Pindaan itu bertujuan membezakan tafsiran antara penagih dadah atau bahan dengan penyalahgunaan dadah atau bahan, selain meluaskan skop rawatan dan pemulihan kepada penagih serta memberi kuasa kepada Pegawai Pemulihan untuk membuat perakuan terhadap klien bagi tujuan rawatan dan pemulihan dadah secara sukarela di AADK.

    “Kita mahu masyarakat sedar bahawa mereka yang terjebak boleh hadir secara sukarela untuk mendapatkan rawatan. Setakat ini, kehadiran sukarela masih rendah berbanding mereka yang hadir melalui perintah mahkamah,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah